oleh Prof. Manna' Khalil
al-Qaththan; Maktabah al-Qardhawi 1998
Ulama'-ulama' rasmi atau ulama'-ulama' kerajaan sentiasa mengeluarkan
kenyataan di dalam pelbagai perayaan keagamaan. Mereka sentiasa
mengeluarkan fatwa-fatwa yang menyokong keadaan pemerintah yang wujud
sekarang, menyokong haluannya dan menuduh orang-orang yang menentang
pandangan mereka - walaupun penentang itu berada pada pihak yang benar
-
sebagai golongan pemberontak dan pelampau.
Amat sulit bagi seseorang itu untuk mendapati seorang dari kalangan
mereka yang duduk di kemuncak jawatan rasmi di sudut agama di
kebanyakan
negara Islam untuk mendedahkan kata-kata yang hak lagi benar ataupun
mengkritik keruntuhan agama, kerosakan masyarakat dan kemunduran
akhlak.
Ataupun untuk memperkatakan tentang penghalalan riba di dalam bank-bank
kerajaan, ataupun tentang tidak terlaksananya hukuman hudud. Ataupun
menjelaskan bahawa undang-undang yang dilaksanakan ini menghalalkan
zina
sekiranya ia dilakukan oleh dua orang yang telah mencapai usia baligh,
boleh berfikir sendiri dan dengan kerelaan keduanya, selagimana zina
tersebut tidak dilakukan di dalam rumah suami isteri. Hukuman terhadap
perbuatan zina tidak wujud melainkan apabila salah satu pihak memaksa
pihak yang lain ataupun zina itu tanpa kerelaannya sepenuhnya. Hukuman
itu tidak lebih daripada denda kewangan ataupun penjara yang tidak
lebih
daripada 2 tahun. Ataupun mendedahkan bahawa Undang-undang ciptaan yang
dilaksanakan itu tidak menghukum peminum arak, kalau dihukumpun bukan
atas sebab mabuk itu sendiri tetapi disebabkan seorang yang mabuk itu
didapati berada di atas jalanraya umum. Ini disebabkan kewujudan dia di
dalam keadaan tersebut akan mendedahkan orang lain kepada pencerobohan
dan kejahatannya. Hukuman bukanlah disebabkan sifat mabuk itu sendiri
dengan anggapan ini adalah suatu perkara yang keji dan bukan juga atas
anggapan meminum arak itu memudaratkan kesihatan, menghilangkan akal,
menghabiskan harta, merosakkan akhlak dan menafikan hukum syariah.
Maka, bagaimanakah manusia boleh mengetahui hakikat-hakikat agama
mereka
dan keadaan kehidupan mereka apabila lidah-lidah yang benar ini bisu
daripada menjelaskan perkara ini? Tidak hairan kalau kebanyakan
daripada
mereka lupa ataupun sengaja lupa tentang masalah yang dihadapi oleh
umat
akibat tergendalanya pelaksanaan syariah, ataupun tersebarnya kejahilan
tentang perkara ini. Hal ini sememangnya telah tersebar di kalangan
kebanyakan umat Islam. Dengan ini buta agamapun melingkungi mereka
semua.
--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Delima Hijau" group.
To post to this group, send email to
Delima-Hijau@goog...
To unsubscribe from this group, send email to
Delima-Hijau-unsubscribe@goog...
For more options, visit this group at
http://groups.google.com/group/Delima-Hijau
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---
opensubscriber is not affiliated with the authors of this message nor responsible for its content.