opensubscriber
   Find in this group all groups
 
Unknown more information…

b : bisnis-retail@yahoogroups.com 26 December 2005 • 12:26PM -0500

[bisnis-retail] Punca demam dan cara mengatasi
by Rawatan Alternatif Mahsuri

REPLY TO AUTHOR
 
REPLY TO GROUP



        Demam terjadi kerana kenaikan takat suhu tetap di dalam badan yang ditunjukkan dengan kenaikan suhu badan melebihi daripada suhu biasa. Ianya ditentukan melalui pengukuran suhu badan pada tapak ukuran yang disyorkan. Pengesahan kenaikan suhu badan ini boleh ditentukan dengan mengunakan jangkasuhu. Ketika demam, suhu yang diukur pada bahagian mulut akan menunjukkan bacaan melebihi 37.8 darjah C (100 darjah F) dan suhu dubur pula melebihi 38.3 darjah C (101 darjah F) atau 37 darjah C (98.6 darjah F)apabila disukat di celah ketiak.
  Demam boleh terjadi tanpa sebarang sebab, seperti selepas bersenam atau pun terjadi akibat perubahan fisiologi badan seperti di dalam kes jangkitan kuman. Kuman yang mengjangkiti badan dikenali sebagai pirogen. Istilah ini sebenarnya yang berasal dari perkataan Greek (pyro=api;gen=penyebab) bermaksud sebarang bahan yang menyebabkan kenaikan suhu apabila memasuki badan.
  Bahan-bahan lain yang diketahui boleh menyebabkan kenaikan suhu termasuklah ubat-ubatan, penyakit seperti kanser dan serangan penyakit jantung, dadah dan racun. Perlu diterangkan juga bahawa kenaikan suhu badan boleh juga terjadi di dalam keadaan kejutan panas akibat suhu persekitaran yang tinggi. Di dalam keadaan kejutan panas, aktiviti kehilangan haba dari badan akan berlaku melalui perpeluhan dan pengembangan salur darah menjadi perlahan.
  Semasa kejutan ini terjadi, kehilangan peluh yang banyak sebenarnya akan memburukkan lagi keadaan kerana mangsa kejutan akan mengalami kekurangan bendalir dalam badan atau dehidrasi. Suhu badan semasa kejutan terjadi boleh melebihi 24 darjah Celcius, pada takat suhu ini kulit mangsa akan menjadi kering, koma dan mungkin kematian. Sekiranya rawatan tidak diberikan secara agresif dan pantas, kemungkinan pesakit maut adalah tinggi sehingga boleh mencapai 80 peratus daripada semua kes kejadian kejutan panas.
  
  Bagaimana Demam Terjadi
  Haba badan manusia terhasil akibat daripada proses penjanaan tenaga yang diperlukan untuk aktiviti badan seperti pergerakan otot. Semasa sihat, penjana utama datang dari hati manakala ketika bersenam pula otot menjadi pengeluar haba utama. Proses penjanaan haba ini dipengaruhi oleh hormon badan dan otak. Di dalam keadaan normal, suhu badan ditentukan oleh proses penjanaan dan juga proses kehilangan haba.
  Bagi membolehkan kehilangan haba badan yang cepat, proses yang biasanya di lakukan oleh badan sendiri ialah berpeluh di samping pengembangan saluran darah pada kulit agar haba badan yang disalurkan dapat di hilangkan melalui kulit.
Suhu badan biasanya ditetapkan pada julat suhu yang tertentu iaitu 36.5 hingga 37.5 darjah C melalui pusat kawalan suhu yang terletak pada otak. Bagi memboleh kan badan menetapkan suhu badan dengan persekitaran saraf sensitif suhu yang terdapat pada kulit akan menghantar maklumat ke otak secara berterusan. Jika suhu persekitaran jatuh, maka maklumat yang disampaikan ke otak akan menyebab kan gerak balas badan, termasuklah perubahan tingkahlaku bagi mengimbangi kejatuhan tersebut. Dalam hal ini, gerak balas yang boleh diperhatikan adalah seperti bulu roma menegak atau menggeselkan tangan   bagi meningkatkan suhu kulit.
  Di dalam keadaan tidak normal, perubaan di dalam mekanisma pengawalaturan suhu badan ditunjukkan melalui dua keadaan iaitu demam dan kepanasan.
  Demam dapat dikesan melalui kenaikan takat suhu tetap badan. Kepanasan pula ditunjukkan dengan pusat kawalatur pada otak yang tidak berubah walaupun kadar kehilangan haba dari badan semakin rendah yang mengakibatkan kenaikan suhu badan. Oleh itu, peningkatan suhu badan boleh disebabkan oleh tiga proses iaitu kenaikan suhu yang ditetapkan pada pusat kawalan yang terdapat di otak, peningkatan di dalam penjanaan haba pada otak dan pengurangan di dalam kehilangan haba badan.
  
  Pengukuran Suhu Badan
  Bagi memastikan sama ada anda betul-betul demam atau tidak, boleh dipastikan dengan menyukat suhu badan. Alat jangkasuhu akan digunakan sama ada jangkasuhu raksa di dalam kaca atau jangkasuhu elektronik seringkali digunakan sekarang kerana bacaan suhu boleh diperolehi dengan cepat di samping tiada kemungkinan alat tersebut pecah dan boleh mencederakan pengguna seperti di dalam penggunaan jangkasuhu kaca.
  Tetapi jangkasuhu kaca juga mempunyai kelebihan kerana harganya murah serta mudah alih untuk dibawa kemerata-rata tempat. Selain itu ada juga jenis jangkasuhu filem yang diletakkan diatas kulit bagi memberikan bacaan suhu badan pengguna. Kebaikan jangkasuhu jenis ini ialah operasi pengendalian kasar ke atas jangkasuhu tidak akan mempengaruhi bacaan yang diperolehi.
  Sekiranya pengguna mempunyai jangkasuhu yang disimpan bagi kegunaan pengukuran suhu badan, beberapa tapak badan boleh digunakan untuk mendapatkan suhu ini. Diantara tapak sukatan yang seringkali digunakan ialah mulut, celah ketiak, dubur dan telinga. Daripada kajian yang dilakukan, kedua-dua tapak ketiak dan dubur didapati memberikan suhu badan yang tepat berbanding dengan mulut. Ini kerana, suhu yang diperolehi dari mulut boleh dipengaruhi oleh pernafasan udara melalui mulut.
  Bagi telinga pula, sukatan suhu badan boleh dilakukan dengan menggunakan jangkasuhu khas yang memancarkan sinar infra merah ke dalam telinga dan hasil daripada pantulan sinar kepada jangkasuhu akan digunakan untuk mengira suhu badan.
  
  Rawatan / Pengesanan
  Analisis potensi penyakit
  Terapi aura
  
  Sekiranya perhatian tidak diberikan kepada pesakit terutama pesakit kanak-kanak di antara usia enam bulan hingga enam tahun, masalah demam boleh menyebabkan berlakunya sawan demam. Sawan jenis ini boleh terjadi hanya semasa demam dan ia tiada kaitan langsung dengan kecacatan otak. Ia boleh berpanjangan selama 10 hingga 15 minit.
  Sekiranya sawan terjadi, letakkan tuala basah di atas kepala si pesakit dan bawa pesakit berjumpa dengan doktor. Langkah lain yang boleh dilakukan semasa pesakit mengalami demam adalah memastikan pesakit mengambil cecair yang mengcukupi, memakai pakaian yang tidak tebal dan suhu bilik yang tidak terlalu panas.
  
  ANALISIS PENYAKIT ANDA.

Ketahui penyakit atau simptom  penyakit anda melalui analisis daripada rambut anda sendiri. Anda akan mengetahui penyakit-penyakit yang ada atau akan terjadi . Cegahlah diri anda daripada mendapat penyakit kronik lebih awal kerana “mencegah lebih baik dari mengubat. Harga berpatutan hanya RM 45 termasuk ubat. Selain analisis penyakit kami juga menyediakan analisis lain seperti keracunan dalam badan (Anti Drug), toksid dalam badan, alahan, aura, virus dan kanser.  Tidak rugi mencuba. Hubungi kami untuk keterangan lanjut.


**Analisis penyakit anda dari rambut anda sendiri.. Anda akan mengetahui penyakit dan simptom yg bakal anda dapat.Cegahlah penyakit anda dari sekarang.Sesuai untuk semua peringkat.

http://groups.yahoo.com/group/hikmah4  
http://www.mahsuri.com.my  



---------------------------------
Anda ber-Yahoo!?
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Try Online Currency Trading with GFT. Free 50K Demo. Trade
24 Hours. Commission-Free.
http://us.click.yahoo.com/RvFikB/9M2KAA/U1CZAA/zMEolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->

posting    : bisnis-retail@egro...

subscribe  : bisnis-retail-subscribe@egro...

unsubscribe: bisnis-retail-unsubscribe@egro...

Web        : http://www.geocities.com/kiosserabi

>>> Tingkatkan kewirausahaan, sukses & sejahtera <<<
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/bisnis-retail/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    bisnis-retail-unsubscribe@yaho...

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/



Bookmark with:

Delicious   Digg   reddit   Facebook   StumbleUpon

opensubscriber is not affiliated with the authors of this message nor responsible for its content.