opensubscriber
   Find in this group all groups
 
Unknown more information…

d : doa@yahoogroups.com 4 February 2008 • 1:57AM -0500

[Doa] UMRAH 2008
by naasiha

REPLY TO AUTHOR
 
REPLY TO GROUP



Assalaamu`aalaikum warahnatullaahi wabarakaatuh.

Terlebih dahulu saya minta maaf  sekiranya message ini mengganggu
anda.Tujuan saya menghantar message ini ialah untuk memberitahu
tentang ibadah `umrah.

Sebelum saya menjelaskan tentang umrah eluklah saya memperkenalkan
diri saya dahulu. Saya adalah saudara anda sesama Islam. Nama saya
Mohd Nasir dan orang panggil saya ustaz Nasir, manakala nickname
naasiha itu adalah short form nama saya dan bapa saya (mengikut ejaan
dalam bahasa arab ). Saya bekerja sebagai pensyarah di IPT .Saya
adalah bekas graduan dari Universiti Islam Madinah 1980-1985.

Mengerjakan umrah merupakan hasrat setiap muslim dan muslimah. Namun
begitu ramai yang telah mengerjakan umrah menyangka ibadah yang mereka
kerjakan sudah menepati apa yang di lakukan oleh Nabi
Sallallaahu`alaihi wasallam. Sewaktu mengerjakan umrah mereka telah
pun membaca atau menghafaz semua doa' yang dimuatkan didalam-kitab-
kitab haji dan umrah yang melambak dijual di kedai-kedai buku. Adakah
ini yang dituntut ketika mengerjakan umrah sedangkan hanya sebilangan
kecil sahaja doa' yang diamalkan oleh baginda Sallallaahu` alaihi
wasallam, apakah doa-doa itu? Adakah boleh kita menyaringkan suara
sewaktu tawaf sebagaimana dilakukan oleh sebahagian jama'ah atau
Mutawwif (pembimbing ), yang dapat mengganggu orang lain yang sedang
khusyu` melakukan tawaf ? Inilah yang menjadi salah satu sebab mengapa
saya mengajak saudara kita sesame Islam mengerjakan umrah bersama saya.

Kerana yang paling penting sekali didalam mengerjakan umrah adalah
melaksanakan umrah dengan cara yang betul.Sekarang ini memang banyak
syarikat dan penganjur yang mengendalikan umrah tetapi apa yang saya
lihat ramai pembimbing syarikat dan penganjur melakukan kesilapan
sewaktu membimbing jemaah

Oleh kerana saya bekerja maka saya tak boleh lah mengerjakan umrah
sepanjang tahun. Sejak saya mula membawa jemaah umrah bermula pada
tahun 1994 saya hanya mengerjakan umrah 1 kali sahaja setahun kecuali
tahun 2004 dan 2006 sebanyak 2 kali.

Pada tahun ini, insha` ALLAH saya mula bercuti pada 15.3.08 sehingga
6.6.08. Cadangan saya nak mengerjakan umrah sambil melawat Jordan
untuk melihat laut mati, ashabul kahfi dan lain-lain lagi. Saya pernah
ke Jordan pada tahun 1994, 1995,1996 dan 2007. 4 Kali pergi ke Jordan
dalam perjalanan ke Makkah. Saya pergi ke Jordan kerana orang-orang
yang ikut saya nak melawat Baitul Maqdis. Alhamdulillah kami dapat
melawat Baitul Maqdis tahun 1995 dan 1996.

Setelah itu pada cuti sekolah bulan Mei 2008, insha` ALLAH sekali lagi
saya akan mengerjakan umrah sahaja atau UMRAH/KAHERAH atau
UMRAH/JORDAN dan mungkin melalui Jordan juga atau berpecah sekiranya
ada ramai jemaah, tertakluk kepada permintaan. Kalau ramai yang nak
ikut serta, satu group ke Makkah sahaja dan satu group lagi Umrah dan
ziarah ke negara Arab yang lain .

Walaubagaimana pun saya lebih suka kalau anda ikut saya pada hujung
March atau bulan April ini kerana pada musim cuti sekolah, selain
harga tiket naik 200RM -300RM, jemaah umrah juga sangat ramai nanti
terutamanya dari Malaysia . Mengikut perangkaan tahun-tahun lepas
seramai 15000 rakyat Malaysia membanjiri Makkah pada musim cuti
sekolah Mei/Jun,

Alhamdulillah, setiap tahun saya mengerjakan `umrah sambil mengembara
ketempat lain.
- Tahun 1994 umrah/Jordan.( 15 hari – 2 malam di Amman,Jordan )
.Jumlah jemaah 15 orang. dan harga pakej 3200 RM.
- Tahun 1995 umrah/Jordan/Baitul Maqdis ( 18 Hari - 1 malam
diAmman,Jordan, 2 mlm Baitul Maqdis ) . Jumlah jemaah 14 orang dan
harga Pakej 3800RM
- Tahun 1996 umrah/Jordan/Baitul Maqdis 15 hari (tak puas pergi sekali
ke Baitul Maqdis lebih-lebih lagi ianya tempat suci yang ketiga
selepas Makkah dan Madinah ). Jumlah jemaah 11 orang dan harga Pakej
3600 RM
- Tahun 1997 umrah/ Lubnan ( 14 hari ). Jumlah jemaah 6 orang dan
harga pakej 3300 RM
- Tak pergi kerana tak ada rezki. Semuanya ALLAH yang tentukan.
- Tahun 1999 umrah/Istanbul lagi kerana tak puas melawat Istanbul pada
kali yang pertama. Jumlah jemaah 9 orang dan harga Pakej 3600 RM
- Tahun 2000 tak pergi kerana tiada rezki.
- Tahun 2001 umrah/ Istanbul/ Mesir.(18 hari – 2 hari Istanbul dan 5
hari di Kaherah ) . Jumlah jemaah 8 orang dan harga Pakej 4000 RM.
- Tahun 2002 umrah/Dubai.( 14 hari ).Jumlah jemaah 11 orang dan harga
Pakej 3300 RM
- Tahun 2003 umrah/ Dubai ( 14 hari ) . Jumlah jemaah 10 orang dan
harga Pakej 3400 RM dan awal Ramadhan umrah/mas 15 hari.. Harga pakej
4000 RM
( peak season ).
- Tahun 2004 umrah/Bahrain ( 15 hari ) Jumlah jemaah 7 orang dan harga
Pakej 3500 RM dan pada bulan March 2004 saya pergi ke China selama 9 hari.
- Tahun 2005 umrah/ Berunai ( 15 hari ) . Jumlah jemaah 23 orang dan
Harga Pakej 3600 RM
- Mei 2006 umrah/Qatar ( 15 hari ) . Jumlah jemaah 25 orang dan harga
Pakej 4100 RM dan cuti sekolah Jun 2006 ( 14 hari ) .Jumlah jemaah 9
orang dan harga Pakej Harga Pakej 4300 RM ( Peak season ).
- Cuti sekolah Mei 2006 umrah/Amman ( 14 hari ) Jumlah jemaah 25 orang
dan harga Pakej 5000RM

Buat masa sekarang kita tak tahu lagi bilakah visa umrah mula dibuka.
Oleh itu saya tak galakkan pergi pada awal bulan March dan tengah
bulan March. Saya pula bercadang nak pergi pada hujung bulan March
atau awal April dan cuti sekolah Mei nanti. Sekarang ini saya masih
menunggu jawapan dari jemaah tentang tarikh yang sesuai untuk pergi.

Berkaitan masalah harga pula, buat masa ini saya tak dapat nak
tetapkan harga lagi kerana sehingga sekarang semua syarikat
penerbangan belum mengeluarkan harga lagi. Apa yang anda lihat iklan
dalam suratkhabar hanyalah anggaran mereka sahaja dan besar
kemungkinan besar harganya akan berubah apabila syarikat penerbangan
mengeluarkan harga nanti. Begitulah yang berlaku setiap tahun, ada
yang tertunda , ada yang terkandas dan bermacam-macam kes yang
berlaku. Mereka berlumba-lumba mengiklankannya walaupun harga tiket
tak disenaraikan oleh oleh syarikat-syarikat penerbangan kerana
berebut-rebut nak mencari pelanggan dan mengikat mereka.

Insha` ALLAH , saya akan senaraikan harganya sebaik sahaja semua
syarikat penerbangan mengeluarkan harganya. Cuma kalau anda nak kan
anggaran harga insha ALLAH saya boleh berikan Biasanya harga pakej
ketika cuti sekolah biasnya naik antara 200 RM - 300RM. Masalah disini
bukan terletak pada harga , walau pun harganya naik tetapi ramai orang
yang ada masa pada waktu itu.

Masalah yang rumit pada waktu cuti sekolah ialah untuk mendapatkan
seat pesawat kerana terlalu ramai orang nak pergi cuti
sekolah.Mengikut rekod tahun lepas seramai 15000 rakyat Malaysia
mengerjakan umrah sewaktu cuti sekolah. Bayangkanlah berbelas ribu
rakyat Malaysia mengerjakan umrah cuti sekolah, oleh itu semua pesawat
yang beroperasi ke Jedah tak dapat nak menampung jemaah yang begitu
ramai. Setiap tahun ramai jemaah yang nak pergi betul-betul dalam cuti
sekolah terkandas dan penerbangan mereka terpaksa ditunda

Saya hanya boleh berikhtiar melalui kawan saya yang bekerja dengan
syarikat Saudi airlines dan saya telah pun menempah tiket untuk 25
seats. Kawan saya yang bekerja di syarikat Saudi Airlines , Jedah akan
uruskan confirmation ticket dari sana.

Pada tahun ini saya belum buat keputusan lagi nak ziarah ke mana
selepas selesai umrah. Ada beberapa tempat yang dicadangkan seperti
Kaherah, Istanbul, Jordan atau Syria. Sekiranya ke Jordan , kalau ada
rezki boleh menziarahi Al Masjidil Aqsa .

Kalau tak dapat melawat Baitul Maqdis kita boleh melawat Amman ,
Jordan seperti melawat laut mati, Gua Ashaabul kahfi, maqam Nabi Shua`ib
( Wallaahu `aa`lam ) , Roman Amphiteater dan lain-lain tempat lagi.
Sekiranya ada cadangan nak melawat Dimasyq ( Damshiq ), Syria bagus
juga kerana Damshik juga merupakan satu destinasi yang penting kerana
ianya sebagai pusat pemerintahan Bani Umayyah selepas pemerintahan Al
Khulafa` Ar Raashidin . Banyak kesan peninggalan zaman silam dan kesan
Bani Umayyah di Damshik. Dari Amman, Jordan ke Damshiq hanya 2 atau 3
jam perjalanan dengan bas dan rakyat Malaysia tidak perlu mohon visa
memasuki Jordan dan Syria.

Walaubagaimana pun lawatan ke Baitul Maqdis atau Damshik, Syria ini
diatas perbelanjaan sendiri . Saya tak tahu lagi berapa bayarannya
kerana urusan ke Baitul Maqdis dibuat setelah kita sampai di Jordan .
Begitu juga lawatan ke Syria tetapi saya anggarkan dalam 500 RM. Ada
pun lawatan ke Jordan , harganya termasuk dalam harga pakej yang akan
saya tentukan selepas dapat harga tiket dari airlines nanti.

Lawatan ke Baitul Maqdis juga tertakluk kepada kelulusan. Ada orang
takut nak masuk Baitul Maqdis kerana tidak aman. Sebenarnya ramai
orang yang tak faham. Baitul Maqdis ialah sebuah daerah. AlMasjidil
Aqsa terletak dalam daerah Baitul Maqdis Lama ( Old jurusalem). Al
Masjidil Aqsa adalah kawasan yang selamat. Kalau tak selamat awal-awal
lagi
( sebelum memasuki Baitul Maqdis ) kerajaan Jordan akan menutup
boarder. Bayaran untuk ke Baitul Madis pula mahal. Sewaktu saya pergi
tahun 1995 dahulu saya dan 14 orang lagi jemaah kena bayar 200USD
untuk pakej 3 hari 2 malam di Baitul Maqdis, manakala tahun 1996 pula,
saya dan 10 orang lagi jemaah dikenakan bayaran 150USD untuk 2 hari 1
malam . Yang mahal sebenarnya wang hangus, iaitu cukai masuk 27USD,
cukai keluar 25USD dan bayar kepada kementerian Dalam negeri Jordan
(boader tax ) 20USD. Kalau tak ada cukai2 ini memang murah harganya.
Walaubagaimana pun tahun lepas sewaktu kami sampai di Amman saya dapat
tahu dari travel egensi di Amman bahawa procedure untuk ke Baitul
Maqdis sangat ketat terutamanya terhadap jemaah dari Malaysia.Sebab
itulah saya katakan kalau ada rezki kerana bukan semua orang yang
masuk Jordan boleh melawat Baitul Maqdis.

Saya rasa amat gembira bila pertama kali dapat menjejakkan kaki ke
AlMasjidil Aqsa kerana memang saya bercita-cita sejak kecil lagi
untukmelawatnya , setelah tok guru dipondok saya belajar di Kelantan
menceritakan kisah lawatannya ke Baitul Maqdis pada tahun 1965. Ketika
itu Baitul Maqdis masih dibawah kawalan kerajaan Jordan . Hanya pada
tahun 1967 kerajaan Yahudi merampasnya dalam perang 6 hari sahaja.
Sungguh sayang tempat suci ketiga jatuh ke tangan yahudi laknatullaah.
Saya rasa sayu sewaktu berada dalam Al Masjidil Aqsa untuk menunaikan
solat maghrib dan`isha`. Lama saya terpaku , amat sedih sekali, sama
seperti kali pertama kita terpaku dihadapan Kaa`bah. Keesokannya saya
mendengar azan sayup dari Al Masjidil Aqsa dan saya nak pergi solat di
sana tetapi penjaga hotel tempat kami menginap menasihatkan agar
bersolat di masjid berdekatan kerana bimbangkan keselamatan, maklumlah
tengah gelap dan untuk ke Al Masjidil Aqsa kita mesti masuk kota lama
Baitul Maqdis ,melalui rumah-rumah lama dan lorong-lorong yang
berliku, seolah-olah kita hidup beratus-ratus tahun yang lampau. Saya
tak puas tinggal diBaitul Maqdis 2 malam, sedih rasanya meninggalkan
Baitul Maqdis , sama sedihnya ketika saya nak kembali ke tanah air
selepas tamat belajar diMadinah 20 tahun dahulu. Insha` ALLAH, saya
berazam, kalau panjang umur, sekiranya Baitul Maqdis jatuh ke tangan
umat Islam kembali ,saya bercadang nak tinggal sebulan di sana .
Mengikut hadith apabila yahudi di usir keluar dari Baitul Maqdis, itu
tandanya amat hampir dengan qiamat.

Saya ini bukan travel agensi , Saya sendiri yang uruskan makan minum
(3 kali sehari , termasuk air panas dan sejuk 24 jam ) ,penginapan dan
pengangkutan semasa di Tanah suci. Dalam erti kata lain macam backpack
juga. Untuk lawatan kita boleh bincang bila nak melawat ke
tempat-tempat bersejarah di Makkah dan Madinah. Begitu juga
penginapan, nak yang murah, yang mahal semua boleh .

Sejak tahun 1994 hingga tahun lepas kami bermalam di Madinah 3 malam
kerana tak puas 2 malam, lebih-lebih lagi saya pernah tinggal selama 6
tahun di Madinah. Pernah saya bermalam 4 malam di Madinah, rasanya
sebanyak 2 kali. Tahun ini tak tahu lah nak tinggal berapa malam di
Madinah. Kalau mahal sangat 3 malam sahaja lah nampaknya. Harga hotel
di Makkah pula mengikut kategori, ianya lebih murah dari Madinah. Kos
pengangkutan pula seperti berikut:
Bas Besar ( 45 passengers ) : 2500RM
Coaster ( 25 passengers ) : 1700RM
Van/GMC : 1200RM

Ini ialah harga pada tahun-tahun lepas. Pada tahun ini rasanya tidak
berubah.Kos pengangkutan juga bergantung kepada bilangan jemaah. Kalau
jemaah ramai dapat jimatkan kos tetapi kalau sedikit susah lah nak
cover. Begitu juga penginapan , kalau ramai mungkin 1 atau 2 orang
dapat percuma.

Sekiranya rombongan kita dalam lingkngan 18 orang ke atas biasanya
saya sewa bas besar yang bermuatan 45 orang kerana ianya lebih selesa.

Tentang penginapan pula memang sejak dahulu lagi kami menginap di
bilik yang mempunyai bilik air didalamnya, bermakna bilik air tidak
berkongsi dengan orang dari bilik yang lain.Yang mana berkelamin saya
letakkan 2 orang sebilik. Ceramah atau tazkirah akan diadakan dan
disampaikan oleh saya sendiri, insha` ALLAH.

Harga pakej saya rasanya yang termurah kerana saya sendiri yang
uruskan semuanya seperti urusan penginapan,. Saya sendiri yang akan
menjadi travel guide.

Semasa ditanah suci nanti insha` ALLAH , saya akan bawa jemaah melawat
tempat-tempat bersejarah yang tidak dibawa melawat oleh agensi. Jangan
bimbang ya ! Saya tinggal 6 tahun disana semasa belajar dahulu. Saya
hanya dapat pergi ke Makkah sewaktu cuti semester sahaja kerana saya
bekerja sebagai seorang pensyarah disalah sebuah IPT.. Saya dapat
kendalikan sendiri kerana pengalaman saya sewaktu belajar di Madinah
dari akhir tahun 1979 hingga 1985. Saya mempunyai banyak pengalaman
semasa disana, termasuk pengalaman mengendalikan kebajikan jemaah haji
, mencari jemaah haji yang sesat , cara nak berkomunikasi dengan tok
`Arab yang kasar dan lain-lain lagi. Diantara pengalaman yang tak
dapat dilupakan ialah mencari jemaah yang hilang. Ada diantara jemaah
yang hilang tak dapat dikesan oleh pihak tabung haji tetapi saya ada
cara yang tersendiri untuk mengesanya sehingga saya dapat menemui
mereka yang sesat ini. Cerita ini panjang .Mungkin lain kali saya akan
ceritakan, insha` ALLAH.

Setelah saya kembali ke Malaysia tahun 1985 saya hanya dapat
megerjakan umrah pada tahun 1989 ,iaitu dalam perjalanan untuk
menyambung pelajaran. kemudian pada tahun 1994 saya mula membawa
jemaah . ketika itu saudara-mara dan sahabat berhasrat nak berumrah.
Apabila mereka beritahu saya terlintas untuk menolong mereka kerana
dari pengalaman saya ramai jemaah haji dan umrah melakukan kesalahan
ketika berhaji dan berumrah. Saya terfikir kenapa nak biarkan mereka
pergi dengan syarikat atau penganjur yang lain ,yang mana setahu saya
semenjak saya masih belajar disana, pihak syarikat akan serahkan
kepada wakil di sana, iaitu orang melayu Malaysia, Indonesia atau
Patani yang tinggal disana. Sewaktu ziarah pula wakil ini akan cari
seorang tour guide untuk memberi penerangan kepada jemaah . Saya juga
pernah menjadi tour guide semasa saya belajar disana dulu. Yang jadi
masalahnya selalu juga pelajar sibuk , jadi wakil disana akan cari
siapa sahaja yang boleh jadi tour guide. Dengan itu mungkin penerangan
yang disampaikan itu salah. Kita tak tahu samada mereka mempunyai
pengetahuan tentang agama atau tidak. Ada yang duduk bekerja sendiri
disana dan mengaku belajar. WALLAHU `AA`LAM.

Selama hampir 6 tahun saya belajar di Universiti Madinah saya terlibat
secara langung dengan urusan haji dan umrah . Saya pernah diambil oleh
Tabung Haji dan ditempatkan di zon atau maktab (pejabat ) ,pernah juga
saya berkhidmat di bahagian hospital . Setiap hari saya akan berulang
alik dari pejabat tabung haji dan hospital-hospital di Madinah
meninjau jemaah haji Malaysia sekali gus menjadi perantara diantara
pejabat tabung haji dengan hospital2 di Madinah.
Saya juga pernah menjadi Tour Guide dengan berbagai-bagai syarikat
diMalaysia termasuk syarikat MAS sewaktu musim umrah.

Sebelum ini saya hanya pergi setahun sekali sahaja kecuali dalam tahun
2004 saya pergi 2 kali iaitu bulan 6 dan bulan puasa. Sebelum bulan
puasa saya tak dapat lagi taqwim semester . Selepas saya pulang umrah
barulah taqwim keluar dan saya dapati bulan puasa dalam tahun tersebut
cuti. Jadi saya pun pergi juga sekali lagi kerana nak rebut pahala
besar dalam bulan puasa. Apabila saya bersuara nak pergi umrah
selalunya kawan-kawan ,jiran dan orang-orang kampung akan Tanya kerana
nak tumpang pergi sama.

2 tahun lepas , Alhamdulillah saya dapat berumrah 2 kali juga , kali
pertama dari 5.5.2006 hingga 18.5.2006 seramai 23 orang jemaah dengan
harga pakej 4100RM. Oleh kerana ada lagi orang nak pergi tapi tak
sempat kerana mereka beritahu saya lambat maka saya suruh mereka
tunggu saya pulang untuk mengendalikan urusan . Setelah saya siap buat
urusan Alhamdulillah saya berangkat untuk kali kedua dari 13.6.2006
hingga 27.6.2006 ( 15 Hari ) seramai 9 orang sahaja tetapi travel
agensi pass kan jemaah dia seramai 7 orang . Jadi jumlahnya 16 orang .

Sebenarnya tidak ramai orang ikut saya ( sila lihat jumlah jemaah yang
saya catitkan diatas ). Walau pun jemaah yang ikut sedikit sekiranya
saya nak pergi saya tak kisah samada ramai atau sedikit kerana saya
tak fikirkan sangat soal keuntungan. Selalunya saya tak dapat percuma
( saya pun kena keluar duit juga ) kerana jemaah tak ramai.

Sebagaimana yang saya telah jelaskan bahawa pada tahun 2004 ,dalam
bulan puasa hanya 7 orang yang mengikut saya mengerjakan umrah . Di
Makkah, kami yang seramai 8 orang menaiki bas yang sama dengan
rombongan 35 orang dari sebuah agency di Johor untuk melawat
persekitaran Makkah. Sepatutnya saya menaiki bas yang saya sewa
sendiri tanpa bercampur dengan orang lain tetapi oleh kerana muassasah
(consortium) nak untung maka dicampurlah kami dengan rombongan lain.
Saya boleh berkeras dan melaporkan kepada kementerian Haji Arab Saudi
tetapi saya tak mahu melakukan demikian kerana memandangkan bulan
puasa yang mulia. Tahun 2003 dulu saya pernah ugut nak laporkan kepada
kementerian Haji Arab Saudi , apa lagi wakil konsortium merayu-rayu
saya dan diberinya bas yang besar kepada rombongan saya yang hanya
berjumlah 11 orang sahaja.

Berbalik kepada cerita tadi ketika bas nak bertolak saya hanya berdiam
diri tak mahu tampil kedepan kerana maklumlah saya sedar rombongan
saya hanya 8 orang sedangkan mereka 35 orang, sudah tentu meeaka ada
tour guide tetapi apabila saya tak nampak seorang pun yang maju
kedepan lantas saya pun mengambil mikrofon dan tanya siapakah ketua
rombongan dari Johor tadi, kemudian tampil seorang haji (rombongannya
panggil dia ustaz dan memang orang panggil ketua rombongan umrah
sebagai ustaz walau pun dia bukan ustaz – senang dapat title ustaz ya,
bawa rombongan umrah orang akan panggil ustaz atau ustazah ???). Saya
hulurkan microphone kpdnya minta dia jadi tour guide tetapi dia jawab
tak tahu nak cakap apa. Katanya tour guide rombongannya ( orang yang
tinggal di Makkah ) ada hal dan tak dapat datang. Saya rasa kasihan
kepada jemaah itu lalu saya bertindak menjadi tour guide. Kawan-kawan
saya seramai 7 orang itu semuanya ustaz-ustaz lecturer dari UM dan
UIA. Kalau saya nak terangkan kepada mereka pun cukuplah secara
ringkas sahaja tetapi kerana kasihankan jemaah yang ramai itu saya
terpaksa berikan penerangan dengan panjang lebar. Rakan-rakan saya
suruh saya minta tips dari ketua jemaah kerana memang ketua jemaah
mesti bayar kpd tour guide sebanyak 150RM tetapi saya tak melakukan
demikian kerana saya inginkan pahala ,lebih-lebih lagi bulan puasa.
Walaubagimana pun ketua rombongan itu masukkan dalam kocek saya 50 Rial.

Sebenarnya dah 3 kali saya alami peristiwa yang sama sebelum ini.
Kasihan jemaah ya ! Tujuan saya bawa cerita ini ialah untuk
mengingatkan kepada semua kalau kita nak pergi umrah seboleh-bolehnya
pergilah dengan orang yang pernah belajar disana kerana dia tahu selok
belok disana lebeh-lebeh lagi ramai ketua rombongan ( termasuk
ustaz-ustaz dan ada yang hafiz ) yang memimpin jemaah umrah melakukan
perkara yang salah semasa mengerjakan umrah. Kita dah habiskan wang
yang banyak untuk umrah ,sudah tentu kita inginkan ibadah yang sempurna.

Untuk maklumat anda kenapa saya beria-ria sangat mengajak orang pergi
umrah dengan saya . Selain dari tujuan untuk berdakwah dan membimbing
jemaah supaya melakukan umrah dengan cara yang betul mengikut cara
yang dilakukan Nabi sallallahu `alaihi wasallam ada satu lagi
sebab,iaitu berkaitan dengan syarikat agensi.

Sejak saya mula membawa jemaah berumrah dah 10 kali saya bertukar
egensi untuk membeli tiket. Saya ada senarai egensi yang di black list
oleh caterer di Makkah dan Madinah . Kebanyakan caterer di Makkah dan
Madinah itu kawan-kawan saya . Mengapa egensi2 ini di black list ?
Sebab tak bayar wang makan. 2 Tahun lepas salah seorang kawan saya
(caterer ) pulang ke Malaysia dari Makkah menjejaki beberapa syarikat
yang berhutang dengannya sebanyak lebih kurang 100000 Saudi Rial.

Masalahnya jemaah membayar pakej penuh dan ini termasuk wang makan dan
hotel tetapi ada sesetengah egensi yang tak membayarnya di Makkah dan
Madinah.

Dalam erti kata lain anda bayar pakej penuh kepada ejensi untuk
berumrah tetapi mereka inilah yang tak bayar kpd Caterer di Makkah dan
Madinah. Egensi dan penganjur umrah yang jujur hanya berhutang sahaja
tetapi ada yang tidak jujur dan sengaja tak mahu bayar. Mungkin pada
mulanya mereka hanya nak berhutang sahaja untuk nak pusing duit atau
modal tetapi lama kelamaan hutang yang tertunggak itu menjadi banyak
dan berat nak membayarnya. Apabila caterer minta bayar macam-macam
dalih mereka. Akhir sekali caterer ini tak mahu lagi berurusan dengan
mereka. Dengan itu mereka akan pergi kepada caterer lain pula dan
dibuatnya macam itu juga. Begitulah mereka lari dari satu caterer
kepada yang lain. Egensi dan penganjur umrah penipu ini sudah tentu
banyak wang kerana tak bayar wang makan kepada caterer sedangkan
jemaah bayar harga pakej penuh kepada mereka. Caterer pula tak sampai
hati tak beri makan kpd jemaah umrah kerana mereka dah bayar kpd ejensi .

Selain itu ada juga syarikat ejensi dan penganjur umrah yang di black
list oleh tuanpunya2 hotel yang pernah mereka tempatkan jemaah mereka
menginap kerana masih berhutang dengan hotel-hotel itu.

Namun begitu yang paling penting sekali ialah handaklah mencari orang
yang pandai tentang haji dan umrah kerana banyak kes yang berlaku
penganjur atau pembimbing yang kurang faham mengenai haji dan umrah
mengeluarkan berbagai-bagai fatwa yang salah kepada jemaah mereka.
Insha ALALH saya akan terangkan nanti.

Untuk pengetahuan semua, mengerjakan haji dan umrah ini amat mudah
sekali.Kita hanya perlu kerjakan rukun2 dan wajib-wajib haji sahaja.
Tiada bacaan yang Khusus, terpulanglah nak baca apa sahaja. Ada pun
buku2 haji dan umrah yang banyak berada dipasaran yang memuatkan
berbagai-bagai bacaan hanyalah dikarang oleh ulama sahaja sedangkan
Nabi sendiri tidak mengkhususkan bacaan. Jadi jangan keliru ya kerana
saya banyak bertanya orang kenapa tak pergi haji atau umrah . Mereka
jawab susah nak melancar bacaan ( doa ). Ini sudah salah kerana tiada
bacaan yang khusus untuk melaksanakannya. Menyedari kesilapan ini
Alhamdulillah saya telah pun mengarang sebuah buku tentang haji dan
umrah. Sebelum ini saya attach kan buku ini kepada sesiapa yang
memintanya tetapi sekarang saya tak boleh attach kan lagi kerana ianya
akan diterbitkan oleh Al hidayah Publisher. Walaubagaimana pun saya
boleh attach kan ringkasannya.

Oleh itu nasihat saya berhati-hatilah supaya umrah kita benar-benar
mabrurah.

Dengan ini saya mengajak sesiapa yang berminat nak ikut serta boleh
lah e mail kat saya secepat mungkin kerana saya bercadang nak pergi
pada hujung Mei atau bulan April . Harap warwarkan juga kepada kenalan
dan saudara mara anda. Seperti yang saya jelaskan kalau makin ramai
makin murah kerana boleh cover bayaran bas.

Sekian semoga penjelasan saya ini bermanfaat. Saya juga minta maaf
kerana hantar mesej yamg panjang. Saya sebenarnya nak terangkan apa
yang biasa berlaku sebelum dan sewaktu mengerjakan umrah agar jadi
panduan bagi yang membaca.

Semoga kita semua dirahmati ALLAH. Aamin.Ya RABBAL `AALAMIN.
Wassalaamu`alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.


Saudaramu Sesama Islam

naasiha@yaho...

sila lawati blog saya:
http://almadanii.multiply.com


Bookmark with:

Delicious   Digg   reddit   Facebook   StumbleUpon

opensubscriber is not affiliated with the authors of this message nor responsible for its content.