Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
OWAP DAY KL 2011 MIIT UNIKL OWASP Malaysia and OSDCMY
*Hari Keselamatan ICT - OWASP Day Malaysia 2011*
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kami ingin menjemput anda untuk menyertai *OWASP Day Malaysia 2011*
Hari The Open Web Application Security Project 2011 atau dengan ringkasnya
OWASP Day Malaysia 2011 adalah acara julung kali diadakan. Ia adalah anjuran
bersama OWASP Malaysia dan Malaysian Institute of Information Technology
(MIIT), Universiti Kuala Lumpur (UniKL-MIIT) dengan kerja sama Open Source
Developers Community Malaysia (OSDC.my)
Ia akan diadakan dari 20 hingga 21 September 2011 di Universiti Kuala
Lumpur (UniKL), Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, Malaysia.
*OWASP Day Malaysia 2011* akan menjadi platfrom perkongsian pengetahuan
yang mengandungi perbincangan dua hala yang akan mewakili semua pihak yang
terlibat dalam dunia keselamatan komputer. Iaitu pembangun perisian
berasaskan web (web application), sektor swasta dan kerajaan.
Persidangan ini mensasarkan penyertaan daripada agensi kerajaan dan sektor
perindustrian dan perniagaan, diseluruh negara terutama anda yang terlibat
dalam keselamatan ICT. Ini adalah peluang yang amat baik untuk anda
meningkatkan keupayaan teknologi keselamatan ICT kepada organisasi anda dan
membina rangkaian hubungan kepakaran.
Senarai penuh penceramah-penceramah dan jadual terkini OWASP Day Malaysia
2011 boleh dirujuk di laman web
Sekiranya tuan/puan memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi Jawatan
kuasa penganjur di alamat emel *owaspday@osdc... atau no hubungan untuk
pertanyaan sila rujuk disini.*