opensubscriber
   Find in this group all groups
 
Unknown more information…

d : dunia-digital@yahoogroups.com 12 October 2011 • 8:43PM -0400

[Dunia-Digital] Panduan Melajukan Pelayaran Internet Anda
by Harisfazillah Jamel

REPLY TO AUTHOR
 
REPLY TO GROUP



Panduan Melajukan Pelayaran Internet Anda
Anda boleh baca ini dengan lebih kemas dan menarik di laman web
http://bit.ly/lajuinternet

http://cikgucyber.blogspot.com/2011/10/panduan-melajukan-pelayaran-internet.html
Anda mahu lajukan lagi pelayaran Internet anda? Anda mahu kurangkan
"lagging" menunggu laman web yang anda lawati dibuka? Berikut
disenaraikan langkah-langkah yang oleh anda lakukan untuk lajukan lagi
pelayaran Internet anda.
Langkah-langkah yang dicadangkan ini adalah cadangan sahaja. Ia
mungkin dapat atau tidak melajukan pelayaran Internet anda. Pastikan
anda mencatatkan dahulu konfigurasi asal sebelum anda membuat
perubahan.
1) Tukarkan konfigurasi DNS komputer anda.
Konfigurasi Domain Name Service (DNS) adalah perkhidmatan yang
membantu komputer anda mengetahui dimana ia perlu capai laman web yang
anda mahukan. Ia akan menukarkan nama domain kepada nombor alamat IP
yang difahami oleh komputer. Kebiasaannya konfigurasi DNS di Malaysia
akan menggunakan DNS TMNet atau Unifi atau mana-mana pembekal
perkhidmatan Internet di Malaysia.
Kemudahan DNS tersebut adakalanya sesak dengan pengguna yang semakin
ramai dan boleh melambatkan anda.
Ada dua pilihan yang boleh digunakan bagi menukarkan konfigurasi DNS
komputer anda.
1.a) Menggunakan Google Public DNS
Google menyediakan kemudahan umum DNS yang menggunakan alamat IP
8.8.8.8 dan 8.8.4.4 dan rujukan konfigurasi boleh anda lawati laman
web ini
http://code.google.com/speed/public-dns/docs/intro.html
Pilih "Using Google Public DNS". Sila ikut arahan-arahan yang telah
disediakan bagi sistem operasi anda. Rujukan lain adalah artikel
berikut :-
Lajukan Internet Dengan Google Public DNS
http://cikgucyber.blogspot.com/2009/12/lajukan-internet-dengan-google-public.html

1.b) Menggunakan Opendns.com

OpenDNS turut menyediakan kemudahan umum DNS yang menggunakan alamat
IP 208.67.222.222 dan 208.67.220.220 dan panduan konfigurasi DNS
komputer anda boleh dirujuk di laman ini untuk pendaftaran
http://www.opendns.com/
dan terus ke laman web ini
https://store.opendns.com/setup/computer/

2) Gunakan Perisian Pelayaran Internet yang terbaru
Anda perlu muat turun dan gunakan perisian pelayaran Internet versi
terbaru bagi perisian pelayaran Internet yang anda gunakan sekarang.
Dengan perkembangan laman web yang banyak menggunakan Javascript dan
CSS dan perkembangan penggunaan HTML5 dan CSS3 maka sudah sampai masa
pelayaran Internet anda dikemas kini.
Selain daripada Internet Explorer yang anda gunakan dalam Windows.
Terdapat perisian lain yang anda boleh cuba dan gunakan. Antaranya
adalah :-

2.a) Google Chrome
http://www.google.com/chrome
2.b) Mozilla Firefox
http://www.mozilla.org/en-US/firefox/new/
2.c) Opera
http://www.opera.com/
Pelbagai lagi perisian pelayaran Internet anda boleh rujuk disini
http://alternativebrowseralliance.com/
Kemaskini versi terkini atau menggunakan perisian pelayaran Internet
yang lain bukan sekadar untuk melajukan pelayaran Internet malah ia
boleh meningkatkan keselamatan komputer anda daripada dijangkiti
trojan.
3) Gunakan Plugin atau Extension yang sesuai
Anda boleh gunakan plugin atau extension khusus yang disediakan oleh
pihak ketiga yang boleh melajukan dan membantu anda mencepatkan
pelayaran anda di Internet. Antaranya adalah :-
3.a) Google Chrome
Pengguna Google Chrome boleh mencuba "FastestChrome Extension" yang
boleh dimuat turun disini
https://chrome.google.com/webstore/detail/mmffncokckfccddfenhkhnllmlobdahm
Antaranya adalah kemudahan mendapatkan muka laman berikutnya tanpa
perlu menunggu anda klik muka laman berikut. Ia akan dilakukan secara
senyap sementara anda membaca muka laman sedia ada.
3.b) Mozilla Firefox
Pengguna Mozilla Firefox boleh mencuba "Fasterfox" yang boleh dimuat
turun disini
https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/fastestfox-browse-faster/
Seperti "FastestChrome Extension" ia turut menyediakan kemudahan
mendapatkan muka laman berikutnya tanpa perlu menunggu anda klik muka
laman berikut. Ia akan dilakukan secara senyap sementara anda membaca
muka laman sedia ada.

4) Padamkan History (sejarah) dan Cookies
Memadamkan History dan cookies perisian pelayar Internet anda bukan
sahaja baik dari segi keselamatan malah ia boleh memastikan perisian
pelayar Internet anda sentiasa berfungsi dengan baik dan laju.
Simpanan history dan cookies yang banyak boleh membebankan perisian
pelayar Internet anda dan anda akan merasakan ia semakin perlahan.
5) Periksa TCP/IP setting anda
Sistem operasi terkini seperti Linux, FreeBSD, Windows Vista dan
Windows 7 telah menggunakan setting TCP/IP yang disesuaikan untuk
penggunaan Internet secara automatik. Anda boleh merujuk ke laman web
ini bagi mengetahui kesesuaian settinh TCP/IP komputer anda.
http://www.speedguide.net/analyzer.php
Jika anda tidak berpuas hati dengan kelajuan yang ada dan mahu membuat
perubahan kepada setting TCP/IP maka perubahan yang dicadangkan oleh
laman web diatas memerlukan kemahiran dalam komputer. Sila dapatkan
bantuan.
http://www.speedguide.net/
Laman diatas ditujukan kepada pengguna modem dan broadband.
Diharapkan panduan ringkas ini dapat membantu anda dalam melajukan
pelayaran Internet. Ia merupakan cadangan dan tiada jaminan ada kesan
yang positif. Lakukan dengan risiko anda tanggung sendiri.
Langgan laman Cikgu Cyber dengan Google RSS Reader
http://feeds.feedburner.com/LamanIlmuCyberE-learning
Baca mengenainya di
http://cikgucyber.blogspot.com/2011/08/google-reader-sudahkah-anda-mencubanya.html
Wassalam.
Harisfazillah Jamel aka LinuxMalaysia
http://blog.harisfazillah.info/
Bukan Sekadar Internet Sahaja Nantikan kehadiran buku ini dipasaran...
12 Okt 2011
Bukan Sekadar Internet Sahaja. Nantikan ia dipasaran ...

This work is licensed under the Creative Commons
Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a
copy of this license, visit
http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter
to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco,
California, 94105, USA.
Buat Duit di Internet
http://cybermoney2u.blogspot.com/




--
Malaysia Open Source Software Conference 2011
MOSC2011 http://www.mosc.my/

Malaysia Open Source Conference 2012 (MOSC2012)
http://portal.mosc.my/

LinuxMalaysia Network
http://www.facebook.com/Bukan.Sekadar.Internet.Sahaja

Harisfazillah Jamel

Bookmark with:

Delicious   Digg   reddit   Facebook   StumbleUpon

opensubscriber is not affiliated with the authors of this message nor responsible for its content.