opensubscriber
   Find in this group all groups
 
Unknown more information…

o : osdcmy-list@googlegroups.com 2 January 2012 • 2:40PM -0500

[osdcmy] [KOSTEM] Perutusan 2012
by Mohamad Imran

REPLY TO AUTHOR
 
REPLY TO GROUP




Assalamu'alaikum & salam sejahtera.

Selamat melangkah ke tahun 2012. Seperti mana yang diketahui, 2011
merupakan tahun dimana idea penubuhan koperasi sumber terbuka mula
berkembang. Bermula daripada perbincangan di *mailling list* OSDC.my pada
Oktober 2010, sehinggalah kini, ianya semakin hampir menjadi realiti. Dalam
perkembangan semasa, pihak AJP telah membuat Mesyuarat Agung Permulaan pada
3 Disember 2011 dan proses pendaftaran Koperasi Sumber Terbuka Selangor
Berhad atau ringkasnya KOSTEM Selangor sedang dilakukan. Keputusan mungkin
akan diketahui sedikit masa lagi.

Berbalik kepada KOSTEM Selangor, 2012 merupakan tahun yang dianggap
kritikal bagi koperasi. Ini kerana  terdapat satu projek untuk menjana
ekonomi. Projek yang dimaksudkan adalah penerbitan majalah Kod Sumber,
sebuah majalah yang berfokus kepada teknologi berasaskan sumber terbuka.
Seperti yang diketahui koperasi merupakan model organisasi yang berteraskan
penjanaan keuntungan, dan ianya akan dikongsi dengan para anggota. Kod
Sumber bakal menjadi produk koperasi yang pertama, secara tak langsung
mendedahkan kepada umum segmen *Free/Libre & Open Source Software *(FLOSS)
kepada industri ICT negara serta masyarakat.

*Apa Peranan Komuniti?*

Seperti yang telah diperjelaskan, penubuhan koperasi sumber terbuka
didedikasikan kepada mereka yang berada dalam kelompok sumber terbuka di
Malaysia dan industri ICT umumnya. Tidak kira anda seorang pembangun
perisian, pentadbir sistem, hinggalah seorang pengguna biasa, koperasi
adalah tempat untuk kita berkenalan, berkongsi pandangan, serta memikirkan
apa yang terbaik demi kepentingan bersama. Anda dialu-alukan bersama-sama
KOSTEM Selangor - dan KOSTEM umumnya - berganding tenaga dalam memacu
kemandirian koperasi.

Akhir kata, 'kita' sudah lama ada. Apa yang kita perlu adalah sebuah
penyatuan bagi membuktikan kepada 'mereka' bahawa 'kita' telah bersedia
bertindak seterusnya menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik.

Terima kasih.


-Mohamad Imran Ishak-
AJP *(err, ada lagi ke pro tem.. Kui kui)*
Koperasi Sumber Terbuka Selangor Berhad (Dalam penubuhan)

--
Aku Tetap Aku™

http://about.me/MakLaN

--
To unsubscribe from and detail about this group http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information

OSDC.my Discussion Group In Facebook
http://www.facebook.com/groups/osdcmalaysia/

Malaysia Open Source Conference 2012
MOSC2012 http://portal.mosc.my/

Bookmark with:

Delicious   Digg   reddit   Facebook   StumbleUpon

opensubscriber is not affiliated with the authors of this message nor responsible for its content.